Saturday, March 21, 2009

AKU YANG MASIH LEMAH

Bukan aku kekurangan cinta
Maka aku abaikan dirimu
Bukan aku kekurangan kasih
Maka aku biarkan tangismu
Tapi...kerana aku yang masih lemah...

Bukan kerana aku tidak menyedari
Bukan kerana aku tidak memahami
Malah aku mengerti
Juga merasai
Kepenatanmu yang membawa zuriatku...

Kerana waktu yang sarat
Aku harus gesit bekerja
Kerana tanggungan yang berat
Aku perlu tabah berusaha
Demi keselesaanmu, barulah aku begini...

Aku tidak mahu menanti
Atau menunggu rezeki bergolek
Malah aku mahu mencari
Dan Membina istana untuk kita
Dengan peluh dan susah payahku...

Dalam kesibukan itu
Aku terkadang lesu
Aku terduduk dan terkulai
Tidak mampu mengusap tangismu
Kerana aku yang masih lemah...

Sayangku, aku mahu katakan
Sebelum air matamu kering
Aku mahu terlebih dahulu menjadi
Lelaki yang teguh berdiri
Memahami dan melindungimu...

Sabarlah dengan kelemahanku...

0 comments:

Post a Comment