Monday, October 5, 2009

AKU JUGA LUAR BIASA

Sayangku,
Usah kecil hati...
Aku tidak pernah merasa kerdil,
Andai engkau duduk di sisiku.

Mereka beranggapan aku manusia biasa,
Tidak istimewa dan tidak punya apa-apa,
Walhal...setiap manusia itu luar biasa spiritualnya,
yang lahir ke dunia itu ternyata hanya juara,

Lalu pandangan mereka seolah membuang aku,
Kalam mereka seolah menendang aku,
Disamakan aku dengan orang-orang yang tewas,
Dipersiskan aku seperti orang yang malas,

Sekuat mana hujuman kalam mereka,
Ia tidak pernah merobek tubuhku,
Sebesar mana tombakan mata mereka,
Ia tidak pernah membuatkan aku jatuh.

Aku sentiasa berpagi membuka mata,
Bangun dan berdiri atas bumi yang melata,
Memekakkan telinga dan membutakan mata,
Hairan apa aku dengan kalam mereka.

Kerana aku sudah terbukti luar biasa,
Dan cintaku tidak pernah direka-reka,
Ia adalah cinta yang terukir dari cahaya,
Untuk aku bawa ke syurga.

Biarlah sayang...mungkin aku bukan sebangsa dengan mereka,
Keturunanku hanya Melayu sahaja,
Sekalipun aku bukan arab seumpama mereka,
Percayalah...aku juga luar biasa.

Saturday, March 21, 2009

AKU YANG MASIH LEMAH

Bukan aku kekurangan cinta
Maka aku abaikan dirimu
Bukan aku kekurangan kasih
Maka aku biarkan tangismu
Tapi...kerana aku yang masih lemah...

Bukan kerana aku tidak menyedari
Bukan kerana aku tidak memahami
Malah aku mengerti
Juga merasai
Kepenatanmu yang membawa zuriatku...

Kerana waktu yang sarat
Aku harus gesit bekerja
Kerana tanggungan yang berat
Aku perlu tabah berusaha
Demi keselesaanmu, barulah aku begini...

Aku tidak mahu menanti
Atau menunggu rezeki bergolek
Malah aku mahu mencari
Dan Membina istana untuk kita
Dengan peluh dan susah payahku...

Dalam kesibukan itu
Aku terkadang lesu
Aku terduduk dan terkulai
Tidak mampu mengusap tangismu
Kerana aku yang masih lemah...

Sayangku, aku mahu katakan
Sebelum air matamu kering
Aku mahu terlebih dahulu menjadi
Lelaki yang teguh berdiri
Memahami dan melindungimu...

Sabarlah dengan kelemahanku...

Sunday, January 11, 2009

Biar kutelan semuanya

Sungguh aku benar-benar mahu melihat wajah redupmu itu,
Bukan kerana aku suka...
Tetapi kerana aku mahu...
Kala kau menangis dan menutup kesedihanmu itu,
Mahu menjauhkan ia dari terkena dedaun hatiku,
Aku tetap mahu memandangnya...
Sekalipun wajahmu berlinangan air mata,
Aku tetap mahu memandangmu,
Kerana segala yang kau rasa itu
Mahu saja aku telan semuanya
Agar cepat-cepat dukamu hilang,
Dan senyumanmu kembali.

Saturday, January 3, 2009

I LOVE YOU

Kala pagi dan kau kejutkan aku dari tidur,
Kau katakan
"Abang...solat subuh."
Lalu kujawab
"I Love you"

Tiap pagi tika sarapan siap,
Kau katakan
"Abang...jemput makan"
Lalu kujawab
"I Love you"

Tika pagi sepenggalahan
Kau kirim SMS padaku
"Abang...dah solat dhuha?"
Lalu kubalas
"Insya allah, I love you"

Tika kupulang dan kau sedang membasuh pakaian,
Kau katakan
"Abang...baju abang saya siap gosokkan"
Lalu kujawab
"I Love you"

Dan bila malam kau kepenatan
Lalu kau termanggu di bahuku
Sambil kumenatap wajahmu
Ku ucap
"Mana mungkin aku menemukan wanita sebaik kamu"
Dan aku bilang
"I Love you"

Lalu kau senyum dan berkata
"Abang.. I love you too"
Dan mampukah ungkapan itu
diungkap pada waktu-waktu selain itu?

Yang pasti aku sangat mahu mengungkapnya
Bila kami berpimpinan di syurga
Dana ku bilang
"I Love you"
Bisakah?

Bisakah?
Tuhan...bisakah aku?

Sesuci Cintaku

Cinta yang suci ibarat hujan yang menitis dari langit.
Kadang-kala ia lebat dan kadang-kala sekadar gerimis.
Yang berteduh di bawahnya akan kebasahan.
Walau cuba dielak akan tetap terkena biasannya.
Hati, ibarat bumi yang tidak pernah sunyi disirami hujan.
Jika tanah hati kekeringan, hujan cinta akan menjadi penyegarnya.
Jika tanah hati ketandusan, cinta penyejuknya.
Jika tanah hati kegersangan, cinta penyuburnya.
Tanpa cinta, hati akan kering dan merekah kepijaran.
Cinta yang suci itu akan menghidupkan dan menyuburkan kekuatan dalam jiwa.

Tuesday, October 28, 2008

Kuterima Nikahmu dengan Hamdalah

Dari menara cinta,

Kuintai sekeping wajah,

Di serambi rindu aku menadah,

Kuratib doa dan kasidah,

Biar terlerai hijab,

Biar menjelma hakikat.

Benar…

Di langit takdir tersurat,

Di bumi janji terikat,

Dua nama menjadi satu,

Dua hati duduk beradu,

Membawa cinta bertatahkan restu.

Sayang…

Ke mari…

Bersimpuhlah di sisiku,

Kuterima nikahmu dengan hamdalah,

Kusambut akadmu dengan basmalah,

Kutatang cintamu dalam bekas akidah,

Lalu…

Akan kuhampar selembar sutera iman,

Bersulam ilmu dan leluhur Islam,

Memimpinmu ke taman firdausi.

Abadi, suci hingga akhir waktu.

Wednesday, October 22, 2008

Izinkan aku....

Sayangku...

Setelah kuungkap setia,
Setelah cintaku diterima,
Izinkan aku...
Untuk memahami erti garis di wajahmu,
Senyum-mu...tawa-mu...diam-mu...muram-mu,
Aku mahu mencicip sama,
Secubit peritmu,
Secebis pahitmu,
Sekelumit dukamu,
Yang pernah singgah di permaidani jiwamu,
Agar aku terasa,
Begitu aku diperlukan...
Dalam tiap degup jantungmu,
Dalam tiap detik nyawamu.

Izinkan aku...
Untuk bersimpuh lembut,
Di atas sejadah kalbumu,
Yang sebelum ini...
Menjadi rahsia dirimu seorang.